nak makan pun kena ikut jalan belakang


Ni aku nak kongsi kisah cerita lucu aku yang terjadi kat aku minggu lepas.Pada petang tu aku menerima panggilan dari isteri aku."Bang kereta tak boleh start lah"ujar isteri aku.Aku tanya dia apa pasai,dia kata alarm kereta asyik berbunyi aje.Dalam hati aku dah syak bateri kereta aku "kong".Sebab dah 3 tahun aku pakai.Fikir punya fikir macam mana la aku nak pegi tengokkan kereta dia,sedangkan aku tak de transport.Lalu pegi kedai workshop cina belakang umah aku.Aku kata kat dia,towkeh boleh tgk kan keta gua tak,tak jauh aje dari sini.Aku kata kat dia bateri keta aku problem.Dia kata 'no problem boss'.Maka aku pegilah dengan dia,naik keta dia.Sampai sana dia terus check dia kata memang you kena tukar bateri balu lah boss.Lpas dia buat jump start,aku pun drive keta,dia suruh aku pegi ikut dia pegi kedai dia utk tukar bateri.Aku tanya berapa harga bateri boss?Dia jawab RM 2 latus saja.Dlam hati aku kata byk mahal.Lepas tu aku bawak keta slow2 follow belakang dia.Lpas trafik light aku pusing keta aku pegi kat workshop lain,sbb nak tanya kot ada lebih murah lagi.Aku tanya satu kedai tu,dia kasi harga RM 150.OK lah tu kata aku kat isteri aku.Lalu aku terus tukar aje kedai tu.Bini aku kata cina tadi tak marah ke kita tak bli kat kedai dia? Jawab aku,biar pi lah dia,sapa suruh jual mahal sgt.Jahat betui aku ni..ha..ha..ha..Akibat dari peristiwa itu,apa bila tiap aku nak makan atau beli lauk dekat restoren dekat umah aku ni,aku terpaksa pusing pegi lalu jalan belakang workshop tu.Sbb klau nak pegi restoren tu kena lah lalu depan workshop tu sebelum ni.Persoalannya smpai bilakah aku akan mcm ni.Padahal aku tiap2 hari pegi restoren tu.Apa harus aku buat?

Dalam kek pun ada ulat


Terkejut..ni adalah email yang aku baru terima,just nak kongsi dgn korang semua,tapi tak tau le betui ke idak !

Orang ramai yang 'kepingin' menikmati keenakan hidangan di
Secret Recipe haruslah berwaspada dan menitik berat soal kebersihan dan
kualiti produk yang dikeluarkan bukan hanya sekadar menilai dari sudut
luaran sahaja.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar kek yang terpaksa menanggung kesakitan kerana termakan "kek berintikan kulat." Penggemar
tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar kek
antarabangsa dan terkemuka kerana menjual kek yang berkulat.

Mangsa mendakwa tertipu dengan kek dan bungkusan yang menarik selepas
membeli kek itu di sebuah kedai kek Secret Recipe di Bukit Bintang.
Menurutnya, beliau keluar membeli kek tersebut di kedai kek Secret Recipe
pada 3 Januari lalu sekitar jam 10.53 malam. Beliau kemudiannya membeli
dan
terus pulang ke rumah untuk dimakan bersama keluarga tetapi setelah
separuh
kek dimakan, beliau mendapati bahagian dalaman kek itu telah berkulat.

Akibatnya, beliau bersama keluarga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas
muntah dan cirit-birit berlarutan dari pagi hingga ke petang. PPIM juga
menerima aduan dari orang ramai yang was-was dengan status halal Secret
Recipe kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan kek
keluaran
syarikat tersebut.

Setelah aduan dibuat dan perbincangan antara pihak PPIM dengan Secret
Recipe, Secret Recipe telah menawarkan habuan berbentuk baucer bernilai
RM200.00 kepada PPIM untuk menutup kes ini.

Sungguh tidak wajar sekali syarikat itu menilai kepentingan pengguna hanya

dengan baucer bernilai RM200.00. PPIM tidak akan berkompromi dengan
mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan pengguna
selaras dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah persatuan yang melindungi
pengguna dari perbuatan khianat pengusaha-pengusaha yang tidak
bertanggungjawab.

PC Fair 2008 kembali lagi

Comei lah amoi ni,he..he..he..Ini gambar aku amik dekat PC Fair Johor Bahru last week.Aku just nak inform dekat you all,Klau sapa2 yang masih belum pegi PC Fair tahun ni,korang leh tgk jadualnya di bawah.banyak juga barang aku borong masa mengunjungi PC Fair tu.

4 - 6 April 2008
11:00 am - 9:00

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, Johor
Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Dewan Perbandaran Taiping, Taiping, Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping

Level 5, Permata Car Park Building, Kuching, Sarawak
Jalan Padungan, 93100 Kuching

Dewan Masyarakat Sandakan, Sandakan, Sabah
Jalan Leila, 90000 Sandakan

Dewan Masyarakat Tawau, Tawau, Sabah
Jalan Bakau, 91000 Tawau

11 - 13 April 2008
11:00 am - 9:00 pm

KL Convention Centre, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
Jalan Stadium Perak, 31400 Ipoh

Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan

Dewan Milenium, Kepala Batas, Penang
Bertam, 13200 Kepala Batas

Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor
Jalan Arab, 84000 Muar

18 - 20 April 2008
11:00 am - 9:00 pm

Penang International Sports Arena, Penang
Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Mahkota Parade Melaka, Melaka
Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Sibu Trade & Exhibition Centre, Sibu, Sarawak
Power Road, 96000 Sibu

Miri Indoor Stadium, Miri, Sarawak
Jalan Sukan, 98000 Miri

Dewan Merdeka MPM, Seri Manjung, Perak
Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung

Perasmian Blog


Pada dinihari 12 April 2008,jam di komputer menunjukkan 1.50 pagi.Tatkala isteri aku nyenyak dibuai mimpi,aku masih berada di hadapan komputer ini,untuk menyiapkan sebuah blog baru,yang akan menghidangkan isu,berita,pengalaman,pandangan,ragam dan sebagainya,diadun menjadi satu saluran media yang dinamakan blog.Blog yang akan aku rasmikan ini,bakal menghimpunkan beberapa cerita serta artikel yang akan di tulis oleh beberapa penulis jemputan yang aku kenali.Mereka akan menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka sendiri.Aku harap korang semua yang bakal mengunjungi blog aku nanti,akan dapat memberi support kepada kami.

Ok lah..aku pun dah mengantuk ni,nak masuk tidur lah.Akhir kata,dengan lafaz "Bismillahirrahmanirahim" aku dengan ini merasmikan blog ini.Wassalam..chow !